Container Icon

Kursus Fashion Design and Dress Making


Seramai tiga orang pelajar Pendidikan Khas SMK Taman Kota Jaya sedang mengikuti Kursus Fashion Design and Dressmaking di Pusat Latihan Giatmara Tanjung Sedili, Kota Tinggi iaitu Siti Aida Bt. Sabar, Siti Nur Afiah Bt. Ismail dan Nur Amira Nadia Bt. Alias. Ini adalah merupakan Program Transisi Pendidikan Khas SMK Taman Kota Jaya dengan usahasama Pusat Latihan Giatmara Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Tempoh kursus ini adalah selama 6 bulan iaitu bermula 6 Januari 2009 dan tamat pada 30 Jun 2009. Melalui kursus ini pelajar-pelajar dilatih menggunakan mesin jahit industri dan menjahit pakaian seperti menjahit baju korporat, menjahit baju Melayu, baju kurung, baju kemeja dan lain-lain lagi. Pelajar-pelajar ini juga diberi elaun sebanyak RM200 sebulan sama seperti pelajar-pelajar lain. Matlamat utama proram transisi ini ialah untuk memberi peluang dan membantu pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKTKJ dari kehidupan sebagai seorang pelajar ke alam pekerjaan dengan lebih terancang dan teratur seterusnya membolehkan mereka berdikari, bekerja dan menjadi ahli masyarakat yang dapat menyumbang bakti kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan negara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program Jejak Usahawan


Dalam melaksanakan kurikulum pembelajaran, pelajar memerlukan sesi khas bagi melatih diri untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak dan bahan yang disediakan. Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran bukan terhad dalam bilik darjah sahaja malah melibatkan masyarakat sekeliling. Hal ini perlu bagi mewujudkan suasana persekitaran yang interaktif dan kondusif supaya dapat menghasilkan situasi kerja sebenar dalam masa pengajaran dan pembelajaran, menggembirakan, selamat dan berkesan. Kelas Pendidikan Khas SMK Taman Kota Jaya telah merancang program Jejak Usahawan untuk pelajar Pendidikan Khas bagi memenuhi matlamat tersebut. Program ini akan berlangsung selama lima hari di Stadium Bandar Penawar bersempena dengan Kejohanan Olahraga MSSM daerah Kota Tinggi 2009.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anyaman Kraf


Anyaman Kraf yang dihasilkan daripada kertas terpakai mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara kraf yang dihasilkan ialah bakul telur, dulang, keris, beg tangan, pasu bunga, bunga pahar dan banyak lagi mengikut kreativiti pelajar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS